barisan pengantin comellll.................
comel nya.....
SAMBUTAN MINGGU BAHASA MELAYU
Isnin, 11.04.2011 hingga 15.04.2011 telah diadakan program minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah. Program ini juga turut disertai oleh kanak-kanak prasekolah.
Murid-murid prasekolah diminta membuat satu persembahan pengantin kecil, tujuannya untuk menunjukkan adat budaya perkahwinan masyarakat melayu. Ada paluan kompang, perarakan bunga mangga , silat, tarian melayu dan menepung tawa pengantin. Aturcara bermula dengan perarakan mengiringi pengantin menuju ke dewan sekolah, disertakan dengan paluan kompang dan bunga mangga. Setelah itu, pengantin disandingkan atas pentas dan semua guru diminta menepung tawa pengantin. Demikian serba sedikit aturcara pembukaan untuk minggu Bahasa Melayu.
Objektif utama diadakan Minggu Bahasa Melayu ini bagi murid prasekolah adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenali kehidupan masyarakat melayu. Dengan ini dapat melatih murid mengenali Bahasa Melayu sepenuhnya dan sekaligus menanam minat ‘Cintakan Bahasa Melayu’.
Sepanjang minggu itu juga guru mengadakan aktiviti lain di kelas untuk murid prasekolah. Minggu Bahasa Melayu berakhir dengan jayanya, dan murid-murid gembira disepanjang minggu tersebut. Syabas diucapkan pada adik Yasheca dan adik Narenth yang menjadi pengantin kecil yang comel.
No comments:
Post a Comment