PPM, ibu bapa serta pekebun sekolah telah membersihkan kawasan taman permainan prasekolah. Mereka juga telah menanam pokok bunga dan membersihkan taman bunga.
Sunday, 31 July 2011
Thursday, 28 July 2011
JOM BUAT "JUS OREN"
Mula mula, guru memberi buah oren kepada murid dan mereka mengupas kulitnya.
tengok tu.....ada gaya tersendiri untuk memerah jus..
menunggu.....bilahlah boleh minum jus ini? sabar ya..sayang
PPM mencampurkan gula sedikit bagi manambahkan rasanya.
AH... dah siap pun. lepas tuang dalam gelas, kita hiaslah nanti ikut suka hati kita.
sedaaapnya....jom minum sekali..
Sunday, 24 July 2011
SUMBANGAN PEWARIS
Pn. Komatha
En.Siva dan isterinya Pn. Komatha telah menyumbangkan sebuah pasu bunga air bagi menceriakan lagi kawasan prasekolah. Terima kasih diucapkan kepada mereka....
Wednesday, 20 July 2011
CINTAKAN ALAM
kami mewujudkan sudut "cintakan alam" ini supaya dapat menanamkan sikap cinta dan sayangi alam sekitar di dalam jiwa kanak-kanak dan tidak mencemarkannya.
Monday, 18 July 2011
KONSEP SATU MALAYSIA
kami warga prasekolah telah mewujudkan satu sudut yang bertajuk "SATU MALAYSIA". Dengan adanya sudut ini, murid dapat mengenali pakaian, makanan,alatan dan permainan tradisional Orang Melayu, Cina da India. Kami dapat serba sedikit sumbangan daripada pewaris prasekolah dari segi pakaian dan barang-barang. Ada juga dibeli dan ciptan sendiri.. Inilah gambar-gambarnya...
SATU MALAYSIA
peralatan dan makanan orang cina
makanan orang india
kolam. Cantik kan..
peralatan dan makanan orang melayu
alatan sembahyang orang India
baju dan permainan tradisional orang Melayu
Saturday, 16 July 2011
MELUKIS MURAL BERSAMA PEWARIS
Dengan kerjasama pewaris prasekolah dan PPM, saya dapat menceriakan lagi prasekolah saya dengan melukis mural. Dan inilah hasilnya.....................
Wednesday, 6 July 2011
minggu bahasa melayu
barisan pengantin comellll.................
comel nya.....
SAMBUTAN MINGGU BAHASA MELAYU
Isnin, 11.04.2011 hingga 15.04.2011 telah diadakan program minggu Bahasa Melayu peringkat sekolah. Program ini juga turut disertai oleh kanak-kanak prasekolah.
Murid-murid prasekolah diminta membuat satu persembahan pengantin kecil, tujuannya untuk menunjukkan adat budaya perkahwinan masyarakat melayu. Ada paluan kompang, perarakan bunga mangga , silat, tarian melayu dan menepung tawa pengantin. Aturcara bermula dengan perarakan mengiringi pengantin menuju ke dewan sekolah, disertakan dengan paluan kompang dan bunga mangga. Setelah itu, pengantin disandingkan atas pentas dan semua guru diminta menepung tawa pengantin. Demikian serba sedikit aturcara pembukaan untuk minggu Bahasa Melayu.
Objektif utama diadakan Minggu Bahasa Melayu ini bagi murid prasekolah adalah untuk memberi pendedahan awal kepada mereka mengenali kehidupan masyarakat melayu. Dengan ini dapat melatih murid mengenali Bahasa Melayu sepenuhnya dan sekaligus menanam minat ‘Cintakan Bahasa Melayu’.
Sepanjang minggu itu juga guru mengadakan aktiviti lain di kelas untuk murid prasekolah. Minggu Bahasa Melayu berakhir dengan jayanya, dan murid-murid gembira disepanjang minggu tersebut. Syabas diucapkan pada adik Yasheca dan adik Narenth yang menjadi pengantin kecil yang comel.
Subscribe to:
Posts (Atom)